I want more of that health, I want more of that wealth, I want more of that patience, I want more of that intelligence, I want more of that creativity, I want more of that laughter, I want more of that energy, I want more of life, I know it can give me that, I am in the process of getting them.

Wednesday, May 14, 2008

Tomyam Kepala Orang

Kepala yang dihantukkan ke dinding akhirnya terbelah. Darah keluar membuak-buak. Kepala bercantum selepas penyakit yang membuatkan kepala berdenyut-denyut sakit keluar bersama-sama darah tadi. Hidup seperti biasa.

Bagus betul kalau dapat ubat sakit kepala yang menyeksakan macam tu. Tak perlu lagi beli pain killer banyak-banyak, ditelan banyak-banyak, sampai tidur banyak-banyak hari.

Bagus juga kalau dapat menghapuskan sebarang kesakitan, kehampaan, kekecewaan, kesengsaraan, juga melenyapkan visual atau punca sakit mata dan sakit telinga menggunakan method seperti itu. Untuk menghapuskan apa sahaja ‘sakit’ yang dialami, kita kenakan tindakan fizikal yang keputusannya, punca tadi dapat dilenyapkan.

Kalau sakit gigi, ubatnya dicabut gigi yang menyebabkan sakit itu. Kalau sakit mata biasa, dibuang mata yang sakit itu, manakala sakit mata rohaniah, marilah hapuskan punca kesakitan itu dengan menembak, memukul, menikam, atau apa sahaja asalkan puncanya tiada lagi di depan mata.

Kalau sakit telinga, sama juga caranya. Tengoklah, apabila sakit kepala berdenyut-denyut itu menyerang, aku berfikir perkara yang ekstrem dan membuat perkara yang ekstrem. Dalam kepala teringin sangat mencabut kepala manusia di sebelah aku ni yang asyik memutarkan lagu yang sama sejak aku mula masuk tadi. Macam cabut kepala sotong. Lepas tu, campakkan badan tanpa kepala tu di empat dinding di sini. Mungkin baru puas hati.

Atau aku boleh tidur di depan PC, tanpa memperdulikan orang sekitar. Masalahnya pulak lampu terang kat sini. Padamkan semua lampu dan tidur. Kalaulah office ni bapak aku yang punya, alangkah bagusnya menyalahgunakan kuasa. Kebal dan berkuasa. Macam manalah rasanya eh, menyalahgunakan kuasa? Kena interview politicians, aspiring politicians dan kerabat-kerabat dorang jugak ni.

Aduhhh, kepala aku!

1 comment:

Aleeza Zaily said...

Wow! what a wild imagination? does it help?