Doktor, hospital, klinik, jururawat adalah kumpulan yang aku kurang sangat gemar. Bila demam, batuk, migrain atau stress memang kalau tak perlukan bukti MC aku takan pergi jumpa doktor. Rasa-rasanya 90% manusia tak suka jumpa doktor. Rasanyalah. Tak ada fakta untuk menyokong dakwaan.
Tapi bila dah mengandung, memang saja tempah naya la kan kalau takut pada ketakutan jumpa doktor (There’s nothing to fear but fear itself). Selasa pergi, dicucuk-cucuk. Mulanya lengan kiri, tak terbit pun darah, lepas tu yang kanan. Sakit la tapi kalau nak meraung memang tak bertempat sebab yang meraung kat situ cuma budak-budak comel, emak-emak comel tak ada.
Periksa berat, darah, pelbagai. Nurse komen badan tak nampak mcm 100kg, nampak mcm 80kg. Tak tahu nak rasa bangga, gembira, sedih, cemas atau teruja. Tapi from last check up naik 0.2 je. Masih jadi kerisauan nurse. Terima kenyataan kegemukan, azam slim lepas baby selamat.
Hari ni pergi lagi, cucuk lagi dua kali di lengan yang sama. Dah tak terasa apa dah. Alah bisa tegal biasa. Sama sebijik macam perubahan hidup. Mula-mula sakit, lama-lama, senyum je. Yang terasa bila minum segelas air gula. Terasa macam nak luah balik tapi bila nurse cakap ‘pelan-pelan ye, kalau muntah tak kira, datang balik esok, kene puasa balik, kene cucuk balik’. Gila. Nanti ada nurse lebam biji mata dicepuk emak comel. So, pelan-pelan teguk.
Lepas seksa, menggelupur cari makan. Sampai ke KLCC cari. Tapi makannya roti canai dengan teh tarik. Berbaloi sungguhla tu.
Isnin seksa lagi. Demi baby, apa saja.
p/s sebab dipuji tulis BM (Bahasa Melayu ke Malaysia, decide la oii), aku pun tunjuk skil. Tapi emosinya macam fake.
Below is one cool CV by Fall Out Boys..
I want more of that health, I want more of that wealth, I want more of that patience, I want more of that intelligence, I want more of that creativity, I want more of that laughter, I want more of that energy, I want more of life, I know it can give me that, I am in the process of getting them.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
terbit darah ek moon... mcm lawak pulak la bunyi nya.. heheh.. apa2 pun ko nak gado ngan nurse ke.. nak tumbuk nurse ke.. janji baby sihat yek!!
Senyum, sabar, senget .. huk aloh, ko nak meraung ko meraung jer, sesekali buat nanar kan? Kalau ko tak tau perkataan nanar tu apa, rujuk kamus dbp yer? And aku setuju dengan (siapa2la) yang bahasa malaysia ko sungguh indah menjadi halwa telinga aku .. muahahaha
Tu le pengorbanan & kasih sayang mak pada anak-anak-anak-anak-anak & bapak mereka.... bapak ada paham ke ini statement?
Kak Mun..Best lagu kat bawah..hahhaha....Kejutan otak dengar lagu bawah tuh..;p
cae aku sakit2 ko kata lawak ek? mmg dasar hantu tak der tali perut..hehe ingat eh falsampah 3s aku D..nanar tu bukan nanah ke? aleeza bapak2 mungkin paham la, selepas seribu tahun takan mungkin hahahah.. Izwan, otak perlu dikejutkan sekali sekala, kalau tak lombab.
Post a Comment