Antara perkara yang akan dirindui:
1. Jenaka dan kata-kata berunsur lucah yang dipertuturkan oleh lelaki dan wanita pertengahan umur.
2. Suara-suara lelaki dan perempuan bersembang-sembang di surau sambil mengisi masa menunggu masuk waktu solat yang lain.
3. Nada dering, tahap 7 yang pelbagai jenis semasa orang lain menunaikan solat di surau.
4. Suara-suara orang lelaki dan perempuan yang menjawab telefon semasa orang lain sedang menunaikan solat fardhu, lengkap dengan hilai ketawa.
5. Makanan di kafe yang cepat habis walaupun jam baru menunjukkan pukul 12.55 tengah hari.
6. Jelingan tajam dan sikap endah tak endah tukang masak yang seolah-olah benci melihat aku.
7. Jamuan makan.
8. Perilaku petugas lain semasa jamuan makan, bagaimana mereka akan menyerang makanan hebat seperti sate.
9. Sindiran-sindiran tajam petugas unit lain yang marah kerana suratkhabar mereka hilang dan menuduh petugas unit lain merompaknya. (ye, suratkhabar)
10. Kemesraan para pengawal yang suka berdiri di belakang ketika kita sedang duduk menyempurnakan tugas di meja.
11. Mesyuarat selama 2 jam setengah untuk memberitahu petugas supaya menyiapkan kerja yang diberikan DENGAN KADAR SEGERA.
12. Menjawab soalan yang sama daripada orang yang sama berulang-ulang kali.
13. Menengking orang yang sama yang bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali.
14. Mengajar seorang petugas bagaimana menyimpan nombor telefon/memadamkan nombor ke dalam telefon bimbitnya untuk kali yang 577.
15. Punch card.
16. Bonus sebulan yang dibayar 2 kali.
17. Honorarium pilihanraya sebanyak RM100, sekali dalam masa 5 tahun kerana bekerja dari pagi ke pagi selama seminggu. Oh unit lain paling kurang dapat RM500.
18. Kerja semasa Hari Raya, hujung minggu dan hari kelepasan am yang lain.
19. Sembang-sembang petugas mengutuk dan menghina kerajaan yang tidak membantu mengkayakan mereka.
Terlalu banyak untuk disenaraikan. Tempat jatuh lagikan dikenang...
I want more of that health, I want more of that wealth, I want more of that patience, I want more of that intelligence, I want more of that creativity, I want more of that laughter, I want more of that energy, I want more of life, I know it can give me that, I am in the process of getting them.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Honorarium pilihanraya sebanyak RM100, sekali dalam masa 5 tahun kerana bekerja dari pagi ke pagi selama seminggu. Oh unit lain paling kurang dapat RM500.
p/s : heheheh..Adik Izwan pun dapat, cam tak berbaloi..Tapi syukur je ar, alhamdulillah perkataan mula terpacul dari mulut.. ; )
Memang bersyukur tapi bila ada double standard, perkara perlu diluahkan. Lumrahlah bila rasa terjepit mulut laju je nak mengutuk, tapi bila dapat habuan yang sebenarnya upah menutup mulut yang ciput, terus lupa berkata2. Itulah nilai harga diri eh?
Post a Comment