I want more of that health, I want more of that wealth, I want more of that patience, I want more of that intelligence, I want more of that creativity, I want more of that laughter, I want more of that energy, I want more of life, I know it can give me that, I am in the process of getting them.

Friday, June 06, 2008

Pengajaran dan Pelajaran

Apa yang dipelajari semalam dan hari ini:

1. Orang yang suka pukul curi, tak menyangka yang mangsanya akan dapat menepis pukulan curi itu dan akan terkedu macam babi makan kapur apabila mangsanya menyepak dan membelasahnya secara berdepan. Dia akan cuba tukar taktik, tapi sudah terlambatlah.

2.Orang yang terlalu sangat harap orang lain/kerajaan jaga kebajikannya, akan melenting, mengamuk, merajuk, mencaci, menghina tak tentu hala apabila merasakan kebajikan dirinya terabai. Dia tak sedar dia sebenarnya perlu menjaga dirinya sendiri.

3.Orang yang tiada lagi semangat untuk meneruskan perjuangan hidup akan terus-terusan pasrah sehingga dia mati kejung.

4.Tangki minyak yang diisi sebanyak RM40 cuma dapat mengisi tahap seperti ia diisi dengan RM20.


5.Dua set pinggan nasi dengan 3 lauk satu set bersama air Nescafe ais dan the ais limau, yang dulunya berharga lebih kurang RM13, kini sudah menjadi RM17.


6.Orang yang keterlaluan berfikir sampai tidak sempat mengambil tindakan akan bermati-matian mempertahankan tahap pemikirannya walaupun isunya adalah kelemahan dia dalam mengambil apa-apa tindakan.


7. Orang lelaki pendek, gelap dan bermuka kelakar, nampak manis dan segak apabila mengenakan pakaian yang kemas dan bersih sambil membawa dirinya dengan yakin.


8. Mee goreng mamak terasa amat sedap sehingga teringat-ingat apabila sudah agak lama tidak merasainya.


9. Orang yang berhutang yang cuba bermati-matian mengelak daripada berjumpa orang yang dihutangi nampak di mata seperti keldai tua yang patut disembelih dan diberi makan kepada buaya.


10. Orang perempuan yang misinya mahu mengenakan orang lain tidak kira lelaki atau perempuan untuk dirinya berasa ‘besar’, mulutnya seperti terlondeh ke bawah dan wajahnya tiada seri jujur.


11. Susu Dutch Lady perisa strawberi jika disimpan di dalam peti sejuk selama 2 hari akan berasa lebih nikmat diminum sekaligus.


12. Pemandu bas Hop On Hop Off mempunyai karakter yang sama dengan pemandu-pemandu bas Metro yang kurang pengajaran.


13. Apabila seorang cucu tinggal bersama neneknya, cucu itu akan dibedaki dari hujung rambut sampai hujung kaki, DENGAN PUTIHNYA.


14. Seorang lelaki berumur 50-an, boleh memikat hati seorang wanita berumur 20-an, walaupun lelaki itu tiada memiliki sebarang kekayaan atau pekerjaan. Oh wanita itu pandu BMW.


15. Orang mengandung yang diminta goreng karipap sardin pada pukul 2 pagi, besar pahalanya apabila rela melakukan perkara itu.

4 comments:

Oleh admin Bebas Malaysia said...

4.Tangki minyak yang diisi sebanyak RM40 cuma dapat mengisi tahap seperti ia diisi dengan RM20.

p/s : Bengkak hati ku rasa, kerna sang penguasa tak bertimbang rasa..
Subsidi habis dicanang sini sana, keuntungan bila ditanya kemana diam seribu bahasa..Apakah bodoh sangat ka kita nih rakyat jelata?

Tertekan.....

Moon said...

Kita mmg bodoh la kalau harapkan kerajaan jadi telus. Dah berakar umbi dah benda tu nak betulkan mungkin 1000 tahun takan mungkin. SO skang kenelah cari jalan sendiri. Buat duit banyak2.

Aleeza Zaily said...

Ini fakta atau auta? Kejadian-kejadian yang menimpa dirimu eh? Cheers sis!

Moon said...

Saya auta bila mabuk aje. Masa menulis ni, saya sober.