I want more of that health, I want more of that wealth, I want more of that patience, I want more of that intelligence, I want more of that creativity, I want more of that laughter, I want more of that energy, I want more of life, I know it can give me that, I am in the process of getting them.

Saturday, April 26, 2008

Panjangnya Rungutan Aku...

Aku ada dua jamuan makan hari ni. Satu kat Serdang (kenduri kahwin adik one of our partners) dan satu lagi birthday party anak kawan sekolah aku di Seri Kembangan. Aku memang mengidam makan kenduri, walaupun tadi nasi tak bertambah, tapi rasa puas betul. Di birthday party tu aku dapat makan kek coklat pisang Power Puff Girls.

Anyway, apa yang nak aku ceritakan bukanlah pasal makan kenduri dan makan kek tu. Tapi apa yang berlaku semasa aku dan Amir pergi dari satu stesen minyak Petronas ke satu stesen minyak Petronas yang lain untuk membeli sampul surat. Biasanya ada sampul duit raya standby dalam kereta, tapi dah habis pulak, so kami meragau mencari sampul surat. Stesen minyak Petronas yang kami pergi hanya menjual sampul surat A4, manakala kedai Seven-Eleven yang kami singgah pula tak ada saiz yang diingini.

Akhirnya kami singgah di kedai runcit seorang uncle di Serdang. Hari kan panas terik hari ini (setelah beberapa hari hujan siang dan malam). Jadi aku teringin nak makan aiskrim dan seperti biasa Amir perlukan diet air manis dia. Masa membayar harga barang yang kami beli (dapat jugak akhirnya sampul surat yang aku nak tu), Uncle cakap “satu hari panas sudah cukup”, maksudnya hari-hari hujan, tapi bila panas, panas betul. Aku automatiknya menjawab ‘Yelah Uncle, panas betul hari ini.”

Hours later, dalam perjalanan balik, aku terfikir, kita ni betullah suka komplen, hujan selalu pun komplen, panas sangat pun tak boleh. Masa hujan, ‘asik hujan je, panas kan bagus”, bila Tuhan dah makbulkan doa kita, kita cakap pulak ‘aduss panasnya, best ni kalau hujan”. Selain daripada komplen, kita ni sebenarnya tak tahu mana satu yang kita nak atau apa yang kita mahukan.

Kita bukan setakat komplen benda yang kita tak boleh ubah (contoh cuaca tadi), tapi benda yang kita boleh ubah pun kita suka bising-bising. Contohnya aku, suka komplen badan gemuk montel, tapi abis komplen, makan bertimbun jugak, exercise malas jugak. Ada pulak komplen duit selalu tak cukup, dan mmg tahu akan tak cukup, tapi bila dicadangkan mereka buat sesuatu untuk memperbaiki keadaan tu, tak nak pulak, dan dan cakap, aku bersyukur dengan apa yang ada. Kalau betul ye bersyukur dan pasrah, jangan bising boleh tak? Orang pun tak meluat dengar, aku rasalah.

Dalam keadaan sekarang, yang mana semua barang keperluan melambung naik, memanglah reaksi pertama kita mesti nak komplen, merungut, marah, bengang. Tapi lepas tu apa? Sebab aku rasalah kan, harga barang takan turun kalau kita setakat bising-bising macam tu. Doa pagi petang siang malam, supaya politicians terbukak hati nurani mereka menolong kita? Atau harap ada orang bantu kita BAGI duit lebih? Dah rasa tak logic pulakkan letakkan nasib dan masa depan kita atas tangan orang lain? Tangan sendiri kan ada?

Ha inilah rentetan remark yang uncle kedai runcit tu buat, asalnya kami nak cari sampul surat je.

Panjangkan rungutan aku, dari semalam tak habis-habis. BISINGLAH!!!

1 comment:

Aleeza Zaily said...

hahhaa.. yeah rite! mmg kita mcm tu, manusia kan...