Apa yang aku rasa, lihat, alami dalam dua hari ni? Aku lihat kesakitan dua orang tua dalam keluarga besar kami, aku rasai kesedihan hati anak-anak, saudara mara aku dan kepasrahan mereka atas apa yang berlaku.
Aku mengalami kejadian yang sukar jugak nak digambarkan dengan kata-kata. Tapi mungkin tak sesusah mana. Cuma aku tak mahu menceritakannya. Bukan kejadian luar biasa, tapi yang tidak biasa aku alami. Bukan kejadian buruk, cuma aku belum tahu lagi apakah mesej yang cuba disampaikan.
Aku melihat dan merasai kegembiraan adik ipar aku dan seorang rakan kami yang melangkah ke fasa baru. Kegembiraan itu menjadi inspirasi kepada kami berdua. Aku juga merasai ketakutan, bukan yang amat sangat, tapi ketakutan yang mengundang persoalan, mampukah kami melakukannya dalam batasan masa yang kami tetapkan sendiri?
Yang paling penting, aku merasai satu rasa bebas yang teramat, rasa ringan seperti satu beban maha berat diangkat daripada bahuku yang mula lenguh dan sengal, setelah aku nekad mengambil keputusan untuk meneruskan perjuangan secara terfokus tanpa rasa bersalah dan gangguan kerja yang menyemakkan fikiran. Itu yang aku rasa dan alami sendiri.
Aku rasa seperti bahasa aku begitu puitis untuk satu cerita yang tidak romantik.
Sting melagukan kekusutan jiwa apabila mentarinya menghilangkan diri...
I want more of that health, I want more of that wealth, I want more of that patience, I want more of that intelligence, I want more of that creativity, I want more of that laughter, I want more of that energy, I want more of life, I know it can give me that, I am in the process of getting them.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
i love u, beb
Post a Comment