Pemerhatian yang dilakukan dalam masa beberapa hari ini:
Kita selalu rasa masalah kita paling berat, kita yang paling susah, tapi kalau kita tak terlalu taksub dengan masalah sendiri, mungkin kita diberikan peluang untuk mengenali mereka yang lebih susah daripada kita. Itu yang dipelajari dalam masa hanya beberapa hari ini. Perasaan yang hidup sendiri terlalu susah, tapi sebenarnya ada yang jauh lebih sukar hidupnya. Insaf…
Susah sebab kereta/rumah tak dapat dibayar selama 3 bulan, ada orang kereta dah ditarik, rumah hampir setahun tak berbayar.
Susah sebab tak dapat makan sedap, cuma mee goreng dengan teh o aja, ada orang makan bubur kosong dengan bawang hari-hari.
Susah sebab duit yang ada ngam2 untuk minyak pergi balik, ada orang duit untuk minyak pun dah tak der langsung dah.
Susah sebab keluarga yang ada tak berapa nak bagi sokongan, ada orang sampai dihalau oleh keluarga sendiri sebab tak berduit.
Susah sebab hanya dapat beli baju dua helai aja kat Giant, ada orang beli 2 helai baju bundle berharga RM5 di pasar malam untuk bulan ini.
Susah sebab tak dapat bayar duit parking, orang lain ada yang satu teh tarik kongsi dua orang.
Susah sebab dalam ASB ada RM100 aje, orang lain tinggal RM1.
Apa yang diperhatikan sekeliling, pengalaman rakan-rakan ini, kalau susah, orang-orang terdekat akan cabut lari terlebih dahulu, sebab tak nak disusahkan oleh manusia yang susah ini. Tapi itulah sifat orang-orang kan? Orang-orang mana ada hati atau jantung atau perasaan. Hidupnya mati.
Pendapat penulis, manusia itu lebih mulia tarafnya kerana walaupun dalam keadaan yang rumit, mereka masih berkehendak dan berusaha untuk membebaskan diri daripada belenggu kesulitan itu. Orang-orang? Duk keras dengan harapan dapat menakutkan burung-burung daripada memakan padi tuannya.
A... o...
Biskut rendam kopi o...A... o...
Jangan kecoh
Naik bukit kasi pelan pelan kayuh
Baru ngam ho
Orang panggil hero
Lu hebat ada hebat lagi
Lu ligat adaligat lagi
Boleh untung mesti boleh rugi
Takut kalah jangan main judiA...
a...A... o...
Biskut rendam kopi oA... o...
Jangan kecoh
Naik bukit kasi pelan pelan kayuh
Baru ngam ho orang panggil hero
Lu kaya ada kaya lagi
Lu lawa ada lawa lagi
Ada mawar mesti ada duri
Takut sakit baik pergi mati
p/s tengah baca Tough Times Never Last, But Tough People Do
I want more of that health, I want more of that wealth, I want more of that patience, I want more of that intelligence, I want more of that creativity, I want more of that laughter, I want more of that energy, I want more of life, I know it can give me that, I am in the process of getting them.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
weeii.. aku arr suka lagu tu!!
ko mmg la, lirik2 yg pedas2 makan dalam tu mmg kesukaan ko hehe
Post a Comment